Sunday, September 13, 2020

Jadual Penuh. hmm

Assalammualaikum..

Hari ni 14/09/2020 bersamaan hari Isnin, esok merupakan hari HSG Xray saya.. huhu

Berdebar2 dan takut.. Banyak yg sy fikir, banyak yg baca psl HSG ni .. Dan kebanyakannya bukanlah perkara2 yg menyeronokkan atau yg menyenangkan hati saya.. haha makin takut ada lah..

Bulan ni jadual saya padat sungguh. Buat pengetahuan, suami saya baru sahaja mengalami kemalangan jalan raya hujung bulan lalu. Suami accident pada 29/August. Terasa patah sebelah sayap saya. Sebelum ni mmg saya agak manja. Semua benda suami teman, semua benda buat bersama suami. Ada hikmahnya. Saya semakin berdikari. 

Bulan ni sahaja ada appointment 2x untuk suami. Hanya pemeriksaan biasa tp tetap sy teman. Sakitnya sudah kurang katanya cuma belakang kepala dan leher masih sedikit sakit. Kesan dari hentakan agaknya. Jadi saya mmg melarang suami untuk buat kerja2 berat buat masa ni.

Jadi, ini antara jadual saya bulan ni.

1st - 3rd Sept : Suami kena tahan di Hospital Pantai ( Ikutkan doktor lama lg tapi suami nak jgk keluar hihi )
9th Sept : Blood test di LPPKN Jalan Raja Laut ( cd5 )
10th Sept : Appointment suami di Hospital Pantai
12th - 13th Sept : Sy sambung KPP03 ( 5 jam hari sabtu, 5 jam hari ahad )
15th Sept : Appointement HSG Xray saya
17th Sept : Pagi saya ada pra ujian utk kereta, tengah hari suami ada appointment di Hospital Pantai
18th - 20th Sept : Balik kg saya di Tapah
25th Sept : Blood test di LPPKN utk saya dan suami ( cd21 ) 

Begitulah jadual untuk bulan ni. Harap semua berjalan lancar.
Semoga Allah permudahkan urusan kita semua untuk memiliki zuriat sendiri pada satu hari nanti.. Amin amin ya rabbal alamin

No comments:

Post a Comment