Wednesday, September 9, 2020

TTC Journey 2020 : PERBANDINGAN HSG

Assalammualaikum dan salam sejahtera..

Hari ni saya nak kongsi perbandingan dari segi harga HSG Xray yg saya dah survey dari beberapa Hospital.

Sebaik sahaja doktor di LPPKN kata saya kena proceed dengan HSG Xray, saya dah start buat panggilan ke beberapa Hospital berhampiran dengan saya untuk saya teliti satu2  cewahhh.. nama pun perempuan harus la ada ciri2 FBI ye dakkk? hahahaha

Untuk pengetahuan, Hsg ni adalah ujian yang dijalankan pada wanita yang mengalami masalah kesuburan. Hsg ni dapat menentukan sama ada tiub fallopio kita ni bersifat abnormal ataupun tersumbat. Tiub tersumbat ni antara faktor yang boleh menyumbang kesukaran untuk hamil.

Daripada beberapa blog dan pengalaman mummy2 yg sy pernah terbaca di babycentre, ada sesetengah mummy yg buat HSG test ni berjaya HAMIL yeay ~ sebab time HSG test ni, dia akan masukkan dye menerusi tiub fallopio kita jadi kalau ada ketulan2 kecil darah di tiub kita mungkin dia akan 'dibersihkan' sewaktu dye tu di masukkan ke dalam rahim kita. So chance utk get pregnant agak tinggi, In Sha Allah, amin amin ya rabbal alamin :) 

Ok berikut adalah harga dan perbandingan yg saya dapat. Saya buat panggilan pada 06/08/2020 utk survey, so harga ni still available utk tahun 2020 ni.

KPJ AMPANG PUTERI
Bayaran : RM550
Doktor   : Lelaki

KPJ Damansara
Bayaran : RM200
Doktor   : Perempuan

KPJ Tawakal
Bayaran : RM400
Doktor   : Lelaki

Daya X-ray
Bayaran : RM280
Doktor   : Lelaki ( 2 orang nurse perempuan katanya )

Huhu..
Jadi setelah sy buat perbandingan, saya pilih KPJ Damansara walaupun agak jauh, selain dari harga berpatutan, semestinya sebab DOKTOR WANITA. hehe

So date utk HSG Xray saya adalah 15/09/2020. Saya pilih tarikh ni sbb KPJ Damansara tak sediakan MC, 16/09/2020 esoknya cuti 1 Malaysia. Jadi saya blh berehat di rumah. Yeay ~ 

Doktor dari KPJ Damansara dah inform awal2 suruh bawak surat rujukan dari LPPKN, baru dpt harga RM200 tu tau.. Sebab under subsidi. Kalau tak harga lagi mahal. SO untuk process ni, lepas saya buat HSG, saya akan update ~

Sekian, terima kasih.

Semoga Allah permudahkan urusan saya dan mommy2 kat luar sana untuk merasa jadi seorang ibu.. Amin amin ya rabbal alamin

No comments:

Post a Comment