Thursday, September 17, 2020

TTC Journey 2020 : Part 3 ( Saya berjaya buat HSG Test ~ )





 Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua..

Alhamdulillah, saya berjaya melepasi pengalaman yg paling ngeri dalam circle TTC-ian iaitu HSG Test. Huhu.. Sakit? Allah je tahu peritnya mcmana. Ada yg sy baca pengalaman buat HSG tanpa rasa sakit, beruntungnya anda. Tapi pengalaman saya? Sakit sangat2. Sesuatu yg saya tak akan ulangi sampai bila2..

Saya buat test HSG ni pada 15/09/2020. Saya ambik half day sebab appointment saya pukul 2.30 ptg. Jadi pagi tu saya masuk office dulu. Dalam pukul 1, saya bergerak ke Ampang untuk ambik suami. Suami yang akan drive ke KPJ DAMANSARS sbb saya tak tahu jalan. Plus, saya takot saya tak mampu drive lepas HSG tu dan YES! saya buat pilihan yang tepat untuk bawa suami. huhu

So saya sampai KPJ Damansara lebih kurang pukul 2 lebih. Sampai2, saya terus mendaftar di unit Xray. Lepas tu pekerja kaunter suruh saya makan dan pergi ke toilet dulu. Nama akan dipanggil jika doktor sudah bersedia. Disebabkan perasaan takot so saya hanya mampu kunyah roti je masa tu walaupun lapar.

Lebih kurang pukul 2.50 ptg, nama saya di panggil. Saya dibawa pergi ke bilik xray dan diminta tukar pakaian yg disediakan oleh pihak hospital. Waktu ni dah start rasa seram sejuk. Tawakal je la 

Then, nurse suruh baring. Time baring tu nurse terangkan procedure HSG ni. Time tu dengar tak dengar je. Tak lama lepas tu, doktor pun masuk. Hanya seorang doktor dan dua org pembantu yang menguruskan saya. Semua perempuan. Lega ~

Mula2, doktor suruh saya angkat kaki dua2 belah kaki. Segannya Allah je yg tahu.. hm takpelah.. tak lama lepas tu doktorkan lapkan sejenis cecair kat 'area' tu. Rasa sejuk je time tu. Time ni Doktor suruh rilex dan jangan angkat punggung. 

Dan tanpa apa2 amaran doktor masukkan 'mulut itik' ikut bawah. Allah time ni rasa nak tercabut nyawa. Sakit sangat, menitis air mata time ni.. sobs.. Senak + rasa sakit period pain yg melampau2.. time ni doktor dan pembantu mcm dah start marah saya sikit sbb badan saya keras melawan rasa sakit. Doktor cakap kalau keras badan lagi sakit tapi sy dah tak peduli.. Doktor suruh bertenang. Bertenang? Seriously bertenang? Sedikit annoying bila dia asyik duk ulang2 suruh bertenang..haha saya terus keraskan suara sikit ' bertenang la ni ' hahahahha maafkan saya doktor.. terkejut doktor dgn para pembantu.. di luar kewarasan time ni.. haha




Kemudian doktor masukkan dye satu2. Senak. Saya disuruh mengiring ke kiri dan kanan untuk pastikan dye tu melalui kiri dan kanan tiub saya. Kedua2 kaki saya diturunkan dan diluruskan. Time ni mmg tk mampu ckp apa2. Air mata je mencurah2. Doktor ni pulak tak habis2 suruh rilex hahaha tp dah tak mampu nak marah sbb rasa sakitkan.. tak lama kemudian, kaki saya dia naikkn semula dan 'muncung itik' di keluarkan. 

Pembantu kat sini mcm dah start risau bila tgk saya diam tak bergerak..hanya airmata laju.. Asyik2 tanya, okay ke? sakit ke? sambil pegang2 badan saya. Saya ada 'sejenis perangai' ketika sakit mmg tak suka disentuh.. saya keraskan badan. Tapi makin lama makin kerap nurse2 datang. Akhirnya terpaksa mintak panggil suami. Saya tak mahu diganggu. Kalau ada suami maybe dorang segan sikit.. Baru duduk tiba2 perut saya rasa mual. Sudah panik semua dalam bilik tu..hahaha berlari carikan plastik.. dapat je plastik terus saya muntah. Muntah yang banyak. Time tu baru perasan katil tu dah dipenuhi darah.. saya mmg bawak pad, kain batik dan extra panties dari rumah. 

Time tgh muntah tu nurse tu tanya ada allergic apa2 ubat ke, sakit ke..adoi..ada yg kena pang ni kang hahaha..sabar je la..tak lama lepas tu suami muncul. Terus peluk tangan suami.. Nurse tunjukkan 1 bilik rehat. Saya diberi plastik lain.. Tak heran pun nurse tu dgn suami. Asyik dtg and tanya sakit ke..sy tak mampu bersuara..hanya angguk dan geleng.. akhirnya sy bisik pada suami. Saya tak mahu diganggu. Beri masa 30 minit utk berehat. Baru rasa tenang dan aman tanpa gangguan lepas tu.

Rupanya pain killer yg sy makan sebanyak 3 bijik sebelum tu langsung tak berkesan. Saya masih terasa sakit. Tak lama kemudian, nurse muncul dgn 2 biji panadol dan segelas air. Saya curi2 dgr perbualan nurse dgn suami. Saya perlu ditahan masuk ke wad. Of course tak nak! 

Bila dah kumpul balik semua saki baki kekuatan, akhirnya saya bangun dan hanya bertukar kain batik. Seluar kerja sy masukkan je dlm beg yg dibawa suami. Disebabkan masih terasa ngilu, terpaksa la saya berkerusi roda sehingga ke kereta. Bayaran yang dikenakan uk HSG test ni adalah sebanyak RM200. Sebenarnya nurse cakap nak charge panadol 2 biji yg dia beri time sy sakit sbb KPJ mmg takkan sediakan painkiller ke panadol ke so mmg kena bawak siap2. tapi takde pulak kaunter charge. Jadi saya hanya bayar Rm200 sahaja. Btw, harga RM200 ni hanya boleh dapat dgn surat rujukan daripada lppkn tau. Kira mcm subsidi la. Kalau tak confirm lebih mahal.

Alhamdulillah, result HSG saya okay. Kedua2 tiub tidak tersumbat, saiz dan ukuran juga normal. Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Result ini akan saya bawa ke LPPKN pada 25hb/ Sept ni sekali gus utk buat ujian darah pada cd21. 

Begitu lah pengalaman ngeri HSG saya.. Sangat sakit dan rasanya itulah 5 minit terpanjang dalam hidup saya.. Apa pun ini adalah salah satu usaha saya dan suami. Semoga Allah mempermudahkan urusan kami dan semua pasangan2 yang sedang menantikan zuriat. Amin amin ya rabbal alamin :)







No comments:

Post a Comment