Wednesday, September 9, 2020

TTC Journey 2020 : Part 2 ( Blood Test )

Assalammualaikum..
Hari ni saya nak berkongsi pengalaman ambil darah di LPPKN Jalan Raja Laut.
Saya nak semadikan setiap kenangan dalam blog ini. Harap dapat beri panduan kepada bakal2 mommy kat luar sana jugak. Jangan putus asa ( yg ni kdg2 sy pn terbuat hihi ) dan Semoga Allah permudahkan urusan kita untuk mendapatkan zuriat. Amin amin ya rabbal alamin.

Jadi period saya jatuh pada hari sabtu ( 05/09/2020 ), Lppkn tutup jadi saya tunggu hari Isnin untuk call dan buat appointment ambil darah yang perlu dilakukan antara hari ke 2 period sehingga hari ke 5.

Saya dapat appointment pada hari ke-5 period ( 09/09/2020 ) iaitu hari rabu. Rabu merupakan hari berkerja. Appointment saya pulak pada pukul 9.30 pagi. Jadi time ni saya dah sedikit resah. Kebetulan minggu sebelumnya suami saya accident. Lepas keluar dari hospital, dia hanya berehat di rumah dan masih belum buat kerja-kerja berat. Jadi saya kena pergi sendiri untuk buat ujian darah tu. Memandu sendiri dari Hulu Langat ke LPPKN Jalan Raja Laut bukan la kerja mudah utk orang yang baru pandai bawak kereta macam saya. Lagi pula saya ni tak tahu sangat jalan2 di KL ni. Yang sy tahu hanya alur jalan dari rumah saya ke tempat kerja, rumah mertua dan beberapa tempat yang saya biasa pergi. Sampai sakit kepala saya. Dengan nak tempuh jem lagi.. Adoi ~

To do or not to do ?

Akhirnya saya tawakal kepada Allah, dengan berbekalkan sedikit kekuatan saya redah juga pergi ke LPPKN sorang2.

Saya ambik half day dari tempat kerja sebab saya takut lambat. Jadi seawal 7.30 pagi saya dah memandu dari Hulu Langat ke LPPKN. MashaAllah, walaupun berpandukan Map dari telefon bimbit saya, saya masih tersalah jalan beberapa kali. Ini membuatkan perjalanan yang sepatutnya mengambil masa 49 minit menjadi 1 jam 30 minit.. huhu takpe, pengalaman mendewasakan. Suami banyak kali mesej sebab rasa bersalah. Kesian dia... takpe syg, ini semua ujian Allah utk kita..

Alhamdulillah, saya sampai lagi 10 minit dari masa appointment. Appointment yang sangat ringkas bagi saya. Saya pergi ke kaunter saringan, kemudian pergi ke kaunter pendaftaran. Tak lama lepas tu nama saya dipanggil. Nurse ambil sample darah saya kurang dari 5 minit je. Dan poofff~ saya diminta pergi ke kaunter pembayaran. Hahaha itu sahaja.. Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM73. 

Disebabkan masih terlalu awal saya cancel ambik half day dan minta time sleep daripada kaunter pendaftaran. Kemudian saya diminta datang ke LPPKN pada cd ke 21 ( 25/09/2020 ). Tapi kali ni perlu datang bersama suami sebab dua2 kena ambik sample darah. 

Selain tu sy ada appointment HSG xray pada cd ke 11 dgn KPJ Damansara iaitu pada 15/09/2020 saya saja minta tarikh ni sbb KPJ Damansara takde sediakan MC, sedangkan dari pembacaan saya yang sebelum2 ni HSG ni sakit dan akan berlaku pendarahan. Jadi saya mintak tarikh 15/09/2020 sebab esoknya ( 16/09/2020 ) merupakan cuti umum untuk Hari Malaysia. Pasal HSG xray ni saya akan ceritakan di post seterusnya. Terima kasih kerana sudi membaca ~


No comments:

Post a Comment