Wednesday, September 9, 2020

TTC Journey 2020 : Part I ( LPPKN )

Finally, i'm back.. hehe harap kali ni rajin dah istiqomah la ye..
Dulu zaman belajar rajin jgk update blog. Sekarang dh jadi bini org lg la mls.
Tapi hari ni tiba2 rasa semangat nak berkongsi. Perjalanan blog ni mungkin agak panjang, hrp2 dpt memberi manfaat kepada kwn2 kat luar sana.

Untuk pengetahuan, bln 12 ni merupakan ulang tahun ketiga sy bersama suami.
Semoga Allah permudahkan urusan kami dan semua pasangan2 yg mengimpikan zuriat. Amin amin ya rabbal alamin..

Sy mula serious utk dptkan rawatan pada tahun ni. Tahun2 sebelum ni sy cuma ambil suppliment2, scan biasa di klinik az-zahraa ( sy dpt tahu rahim sy dalam keadaan terbalik ( retroverted ) tp doktor kata rahim terbalik bukan penghalang utk hamil ), sy jugak amalkan acid folid dan ber-opk. Tapi nampaknya masih belum ada rezeki.

Jadi pada tahun 2020, sy dapatkan rawatan di LPPKN. Sy mula call utk set appointment dr hujung 2019 sobs.. Kemudian plan sy dan suami mcm tergendala disebabkan MCO. Akhirnya kami dapat tarikh pada 12/August/2020. 

So, mula2 sampai di LPPKN, mcm biasa kena scan dan pergi ke kaunter saringan. Setahu sy disini mmg tk blh walk-in. Memang kena buat appointment dulu. Jadi utk yg ada appointment, akan terus disuruh pergi ke kaunter pendaftaran,


Antara syarat2 lain yg perlu dilakukan utk temu janji pertama di LPPKN,

1. Perlu bersama suami dalam masa 5 hari sebelum temujanji dan dalam tempoh 5 hari lepas tu suami tak boleh bersama dgn isteri dah untuk jalani ujian air mani di LPPKN
2. Perlu membawa kad nikah
3. Perlu tiba setengah jam awal dr masa temujanji

Mula2, kena letak ic dan kad nikah di kaunter pendaftaran. Tak lama lepas tu dorang akan panggil, suami perlu ke tingkat 6 utk melakukan ujian air mani.
Sy tnggu kat bawah. Sekiranya suami perlukan 'bantuan', isteri blh di panggil utk naik ke tingkat 6.

Suami kata mula2 tu ada sedikit taklimat drpd pekerja di LPPKN utk tak menggunakan sebarang cecair ketika mengeluarkan air mani. Tak lama lepas tu suami call sy utk naik ke tngakt 6.. hihi

Alhamdulillah, hasil ujian air mani suami sgt okay, handsome, mantap dan gagah perkasa haha
Lepas tu kami di panggil utk ke sesi kaunseling.. Soalan biasa, brp kali bersama dlm sebulan, period teratur ke tak, pola makanan dan blablabla ~

Doktor suruh sy buat temujanji seterusnya pada cd2-cd5 utk buat ujian drh. So hri pertama period (cd1 ) perlu cpt2 call LPPKN utk buat temujanji.

Selain tu, sy kena buat xray HSG jugak utk pastikan mana2 tiub sy tak tersumbat. Yg ni pn kena buat appointment pada hari pertama period. Sbb test HSG tu kena buat pd cd9 ke atas utk pastikan kita tak hamil ketika lakukan ujian HSG. Malangnya di LPPKN tak ada buat xray HSG ni jadi kita kena buat appointment kat hospital yg ada buat xray HSG ni. ( Yg ni sy akan ceritakan di post lain )

So total pendaftaran, sperma test dan kaunseling adalah RM65 di LPPKN. :)

1 comment:

  1. Kadangpintar | Online casino | The best casino for real money
    Kadangpintar is a kadangpintar company located in the center of 메리트카지노 Jakarta and Jakarta, Indonesia. Owned by 바카라 Kambangpintar.com, this business is one of

    ReplyDelete