Sunday, September 20, 2020

Saya sudah putus asa..

Assalammualaikum dan salam sejahtera..

Hm.. saya tak tahu nak mulakan dari mana.. tapi mungkin ini adalah coretan terakhir daripada saya..

Umum tahu saya baru lepas menjalani test HSG. Daripada pembacaan dan saranan doktor, selepas 2, 3 hari dari tarikh HSG, pasangan perlu BD 💓 ini kerana selepas test HSG, ketulan2 darah kecil yg menyebabkan tiub tersumbat akan 'dibersihkan'. Jadi peluang untuk hamil amat cerah.

Opk adalah alat untuk mengesan waktu subur. Hanya celupkan dalam urine dan result dapat dibaca dalam masa 5 minit. Jika line yang di atas opk sama terang atau test line lebih terang bermakna hari tersebut merupakan hari subur anda. Jika warna test line lebih pudar bermakna hari subur belum tiba atau sudah berlalu.

Petang semalam terdetik nk buat opk. Dan result opk saya sgt terang. Bermakna saya sudah tiba hari subur. Dan sekali gus bermakna saya sudah terlepas peluang untuk cuba hamil selepas test HSG. Hm peluang keemasan yang tak mungkin akan kembali.

Lama saya terteleku di atas sejadah ptg semalam. Banyak yg saya fikir. Ajaibnya tak ada setitis pun airmata saya yg jatuh kali ni walaupun hati saya tgh dilanda hujan ribut. huhu. Diberi peluang kedua oleh Allah s.w.t pun saya tetap gagal. Selama 2++ tahun perkahwinan, hanya saya yang banyak memberi kerjasama. Hanya saya yg selalu ingin mencuba. Hanya saya yg selalu berjuang. Sendirian. Tanpa sokongan. Tanpa kerjasama. Alasannya terlalu mudah. Belum rezeki.

Sakit dan ngilu dari test HSG masih saya rasakan. Saya teringat betapa sakitnya kesakitan yg saya rasa ketika itu. Ketika ujian HSG dilakukan, sy hanya mampu pejam mata sambil menangis. Saya membayangkan raut muka suami saya ketika itu. Saya pujuk hati saya. Ini untuk baby. Ini pengorbanan saya untuk suami dan bakal baby. Berulang kali saya pujuk hati ketika itu. 

Hmm..

Saya tarik nafas panjang2. Saya berdoa supaya Allah redhakan hati saya. Ini ketentuan-Nya. Akhirnya semalam, saya tanamkan hasrat untuk menjadi seorang ibu di sudut paling dalam dan paling jauh dalam hati saya. Bukan rezeki saya. Ya, saya kena redha. Kalau cuma saya yg berusaha sekuat mana pun tetap takkan membuahkan hasil. Dan hari ini, tamatlah perjalanan saya sebagai seorang pejuang TTC-ian. Saya buat keputusan untuk tidak melanjutkan pemeriksaan di LPPKN, mahupun meneruskan pengambilan supplement dan OPK. 

Buat kwn2 yg masih berjuang diluar sana, saya mendoakan Allah mempermudahkan urusan kalian semua untuk menimang cahaya mata sendiri satu hari nanti. Amin amin ya rabbal alamin.

2 comments:

  1. The Biggest Changes in the Casino Industry - Dr. Maryland
    Biggest changes 강릉 출장샵 in the Casino Industry · $7-billion Casino in Las 충주 출장안마 Vegas · $4.3-billion Atlantic City 부산광역 출장마사지 casino expansion. 사천 출장안마 · $15-billion 대구광역 출장안마 Atlantic City casino expansion · $5-billion

    ReplyDelete
  2. 1xbet » Free Bet, Bonus, Deposit & Review | Dec 2021
    What is 1xbet? — 1xbet is a casino that offers https://septcasino.com/review/merit-casino/ a 1xbet login selection poormansguidetocasinogambling.com of online https://jancasino.com/review/merit-casino/ casino games, such as slots, roulette, and novcasino poker. There are

    ReplyDelete